awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024

Bernama
Bernama
20/12/2024
09:55 MYT
Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.
Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.1 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM597.36 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM484.97 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM7.91 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.14 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM60.97 bilion).
Bank pusat itu berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM597.36 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM178.08 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.17 bilion), deposit lain (RM66.49 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.73 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rizab antarabangsa Malaysia
#BNM
#Bank Negara Malaysia
#susut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan