awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Hwang Capital naik selepas pengumuman tawaran pengambilalihan secara sukarela

Bernama
Bernama
24/05/2016
08:07 MYT
Saham Hwang Capital naik selepas pengumuman tawaran pengambilalihan secara sukarela
Setakat 20 Mei, pembuat tawaran bersama memegang 78.06 juta saham atau 30.59 peratus pegangan dalam Hwang Capital. - Gambar fail
Hwang Capital (Malaysia) Bhd mendahuhui senarai saham paling untung selepas pengumuman tawaran pengambilalihan bersyarat secara sukarela oleh pemegang saham utama.
Pada pukul 10.38 pagi, saham Hwang Capital melonjak 39 sen kepada RM2.60 sesaham dengan 1.03 juta saham diniagakan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Hwang Capital mengumumkan tawaran pengambilalihan bersyarat secara sukarela daripada Hwang Enterprises Sdn Bhd dan ahli perniagaan, Hwang Lip Teik, bagi membeli semua baki saham biasa pada harga tawaran RM2.65 sesaham.
Harga tawaran berkenaan mewakili premium 44 sen, atau 19.91 peratus berbanding harga dagangan terakhirnya pada RM2.21 pada 19 Mei sebelum penggantungan.
Setakat 20 Mei, pembuat tawaran bersama memegang 78.06 juta saham atau 30.59 peratus pegangan dalam Hwang Capital.
Hwang, yang juga pengerusi syarikat, merupakan pemegang saham utama Hwang Enterprises dengan 61.6 peratus.
Affin Hwang Investment Bank Bhd, bagi pihak pembuat tawaran bersama, berkata, kedua-dua pembuat tawaran itu tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian Hwang Capital di pasaran utama Bursa Malaysia.
Topic Berkaitan
#Hwang Capital (Malaysia) Bhd mendahuhui senarai saham paling untung selepas pengumuman tawaran pengambilalihan bersyarat secara sukarela oleh pemegang saham utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan