awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo

Bernama
Bernama
25/12/2023
11:40 MYT
Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) bersama isteri Puan Sri Jumaani Tuanku Bujang pada majlis Rumah Terbuka Krismas Bishop Kuching di Gereja Besar St Thomas, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Premier Sarawak itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.
"Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada bulan Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.
"Memandangkan kerajaan negeri meneruskan langkah untuk menjana lebih banyak hasil dan pengenalan pelbagai undang-undang bagi tujuan itu baru-baru ini, terdapat kemungkinan pendapatan kita akan terus menyaksikan peningkatan.
"Diharapkan pada 2024 dan 2025 kita akan menyaksikan peningkatan (dalam pendapatan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas's Cathedral di sini hari ini.
Pada 2 Feb lepas, Abang Johari berkata Sarawak telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendapatan Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#pecah rekod
#jana hasil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan