awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sentimen positif global, prospek eksport pacu ringgit dibuka mengukuh

Bernama
Bernama
27/12/2023
03:10 MYT
Sentimen positif global, prospek eksport pacu ringgit dibuka mengukuh
Pada 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6315/6380 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas sentimen risiko dapat diredakan oleh jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah pada Mac depan, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6315/6380 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6435, semalam.
"Perkembangan ini memacu sentimen global yang positif dan menyebabkan nilai dolar AS susut dalam kalangan kumpulan mata wang negara-negara kumpulan G10," katanya kepada BERNAMA.
Selain itu, di peringkat tempatan, Innes menjangkakan ringgit terus mengukuh, terutamanya susulan kaitannya dengan mata wang yuan China yang meraih manfaat daripada langkah rangsangan dasar oleh kerajaan China pada Oktober lepas.
"Barangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan produk semikonduktor dijangka memacu eksport domestik yang kukuh pada tahun depan. Berikutan itu, ringgit mungkin akan turut mendapat impaknya apabila pendapatan eksport ditukar menerusi pertukaran mata wang dan sememangnya berperanan penting dalam permintaan ringgit tempatan," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.2463/2511 daripada 3.2517/2586 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.8913/8995 daripada 5.8815/8935 pada Selasa dan rendah berbanding euro pada 5.1109/1180 daripada 5.1044/1148, sebelum ini.
Berbanding mata wang Asia, ringgit sebaliknya diniagakan kebanyakannya lebih mengukuh.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4986/ 5038 daripada 3.5005/5082, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.6 daripada 299.2/300.0 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.37 daripada 8.37/8.39, sebelum ini.
Selain itu, ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 13.4207/4466 daripada 13.3962/4310, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan