awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS setuju pertimbang pengecualian tarif ke atas beberapa produk

Bernama
Bernama
26/09/2025
09:08 MYT
AS setuju pertimbang pengecualian tarif ke atas beberapa produk
Mastura berkata AS juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan pengecualian tarif iaitu tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi termasuk minyak sawit dan koko seperti dicadangkan Malaysia, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.
Ketua Perunding Malaysia bagi rundingan rasmi tarif, Mastura Ahmad Mustafa berkata AS juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak AS dalam beberapa rundingan sebelum ini.
"Seperti yang dimaklumkan, kita sekarang dalam proses memperincikan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas, jadi bermula semalam kita telah mengaturkan beberapa sesi secara maya dengan AS untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.
"Dalam rundingan ini, pihak AS ada menyatakan pertimbangan boleh diberikan kepada beberapa barangan yang pada pandangan mereka adalah produk yang memang tidak boleh dikeluarkan di AS. Bagi produk tersebut mereka akan mempertimbangkan sama ada mengenakan pengecualian iaitu sifar tarif daripada unilateral tarif ini," katanya kepada Bernama dalam satu temubual eksklusif di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif
#pengecualian tarif
#Amerika Syarikat
#Malaysia
#minyak sawit
#koko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan