awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laluan baharu Bangkok-KL Nok Air perkukuh kesalinghubungan udara
Kerajaan tidak kompromi unsur jenayah dalam kes kematian prebet Muhammad Amirul Raziq
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying

Bernama
Bernama
02/04/2024
08:00 MYT
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST -  Hui Ying
Hui Ying berkata kerajaan belum berhasrat untuk memperkenalkan semula GST bagi memberi laluan kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi pada tahun ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata kerajaan belum berhasrat untuk memperkenalkan semula GST bagi memberi laluan kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi pada tahun ini.
"Pelaksanaan GST akan dipertimbangkan apabila terdapat persekitaran ekonomi yang bersesuaian terutamanya mengambil kira aspek kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi.
"Kerajaan akan terus mengutamakan dan menambah baik sistem percukaian sedia ada dan memperkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyelarasan dan penelitian semula cukai sedia ada kepada satu sistem.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#SST
#Lim Hui Ying
#GST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan