awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

S&P Global kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia

Bernama
Bernama
27/06/2023
16:21 MYT
S&P Global kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia
S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing 'A-' jangka panjang dan A-2' jangka pendek di Malaysia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing 'A-' jangka panjang dan ‘A-2' jangka pendek di Malaysia.
Agensi penarafan itu turut mengekalkan penarafan mata wang tempatan 'A' jangka panjang dan 'A-1' jangka pendek di Malaysia.
"Prospek stabil itu mencerminkan jangkaan kami bahawa momentum pertumbuhan dan dasar fiskal Malaysia yang kukuh akan membolehkan peningkatan sederhana dalam prestasi fiskal dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web mereka hari ini.
Berdasarkan ekonomi Malaysia pulih daripada kelembapan berkaitan pandemik, ia percaya prospek pertumbuhan jangka sederhana lebih baik daripada kebanyakan negara lain pada tahap pendapatan yang sama.
"Walaupun defisit belanjawan Malaysia kekal tinggi, kami menjangka dinamik pertumbuhannya dapat mengimbangi kelemahan yang dikaitkan dengan stok hutang kerajaan yang tinggi dan prestasi fiskal yang lemah," katanya.
"Bagaimanapun, kami menjangka pengembangan ekonomi tahun penuh akan sederhana kepada empat peratus berikutan persekitaran pertumbuhan global yang lemah," katanya.
Agensi penarafan itu berkata belanjawan 2023 Malaysia kekal mengembang untuk menyokong momentum pertumbuhan dan mengurangkan tekanan inflasi.
"Oleh itu, kami mengunjurkan keberhutangan bersih Malaysia meningkat sebanyak 4.4 peratus daripada KDNK pada 2023 berbanding peningkatan 5.0 peratus pada 2022 berikutan defisit kerajaan am dan pusat yang rendah," katanya.
Sementara itu, katanya kedudukan luaran Malaysia yang kukuh kekal sebagai kekuatan penarafan. Negara ini mempunyai lebihan akaun semasa yang konsisten selama lebih dua dekad.
"Kami mengunjurkan lebihan akaun semasa akan stabil sekitar tiga peratus daripada KDNK dalam tempoh tiga tahun akan datang, didorong oleh pemulihan secara berperingkat dalam sektor pelancongan dan permintaan kukuh yang berterusan untuk eksport pembuatannya akan menyokong akaun perdagangan negara," katanya.
Katanya walaupun Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat pada 2022 kepada 3.4 peratus sejajar dengan harga global yang tinggi dan kekangan dari segi penawaran, ia menjangka IHP akan sederhana pada 2.8 peratus pada akhir tahun berikutan subsidi kerajaan terhadap bahan api dan makanan ruji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penarafan kredit berdaulat
#Malaysia
#S&P Global
#agensi penarafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan