awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUPERB bantu usahawan muda kembang perniagaan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2021
12:06 MYT
SUPERB bantu usahawan muda kembang perniagaan
SUPERB mencari produk dan servis daripada usahawan inovatif, berdaya saing dan boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Memulakan perniagaan bukanlah satu tugas mudah apatah lagi buat usahawan muda namun inisiatif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) seolah membuka jalan buat mereka.
Program berasaskan ‘business pitching’ tersebut yang dianjurkan untuk kali ke-16 pada tahun ini memberikan peluang buat usahawan untuk menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM500,000.
Pengarah Penyampaian Strategik (Ekuiti Korporat & Keusahawanan) TERAJU, Rafaiq Bakri Zakaria berkata, SUPERB mencari produk dan servis daripada usahawan inovatif, berdaya saing dan boleh dibawa ke peringkat antarabangsa.
“Kita tengok ekosistem rantaian bekalan secara keseluruhan dan kita lihat campur tangan strategik. Bawah saya, Usahawan dan Ekuiti Korporat, kita tengok ‘startup’ dan juga rantaian bekalan Bumiputera.
“Kita bantu mereka untuk berkembang dan kita lihat keseluruhan rantaian bekalan Bumiputera. Bila mereka dah berkembang, kita lihat bagaimana untuk masukkan mereka dalam rantaian itu. Jadi, perjalanan mereka bergerak di situ.
“Sekarang ini kita fokus kepada teknologi ‘sunrise’ yang boleh berkembang bukan sahaja domestik tapi antarabangsa juga. Begitupun, kita kekal kepada KEGA (Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama),” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, dalam SUPERB 2021, bukan aspek KEGA sahaja diberikan tumpuan malah kuota turut dibuka untuk perkara lain memandangkan usahawan mempunyai kepakaran masing-masing.
Katanya lagi, TERAJU kini bekerjasama dengan pelbagai agensi malah mereka juga mempunyai data dan analisis lengkap yang boleh menjadi panduan terutamanya memenuhi keperluan rantaian bekalan.
“Matlamat kami, bukan hanya yang dapat geran, yang tidak dapat geran pun kita tolong. Jadi bila perniagaan mereka sudah berkembang, dia akan tahu berkenaan banyak maklumat.
“Jadi, untuk SUPERB 2021, permohonan sudah dibuka sehingga 17 Oktober ini dan tuan-tuan dan puan-puan boleh memohon di laman web kami di superb.teraju.gov.my. Mohonlah beramai-ramai,” ujarnya.
Jelasnya, menerusi program itu juga, mereka akan membantu usahawan muda untuk terus berkembang menjadi syarikat yang memasarkan produk dan servis sehingga ke peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#usahawan
#Bumiputera
#Teraju
#SUPERB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan