awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surcaj bahan api dihapuskan, harga tiket AirAsia serendah RM19

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2015
05:45 MYT
Surcaj bahan api dihapuskan, harga tiket AirAsia serendah RM19
TONY: Usaha digiatkan untuk memberikan harga yang berpatutan kepada para penumpang.
Harga tiket syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dijangka akan turun susulan pengumuman surcaj bahan api berkuat kuasa hari ini.
Pemansuhan ini melibatkan semua penerbangan dalam kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.
Ia dilakukan sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata sebagai syarikat penerbangan tambang murah, usaha digiatkan untuk memberikan harga yang berpatutan kepada para penumpang.
“Keputusan ini dibuat pada bulan November 2014, sejajar dengan penurunan harga minyak global.
“Walau bagaimanapun, kita hanya mampu untuk melaksanakannya sekarang. Kami percaya menghapuskan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan akan menjadi dorongan besar kepada industri pelancongan.
"Ini akan menjadi satu kelebihan kepada pengguna, tetapi ekonomi juga akan mendapat manfaat daripada ini kerana industri pelancongan dapat memberikan peluang pekerjaan yang besar," katanya.
Dengan penghapusan surcaj bahan api dari tambangnya, penumpang dapat tiket domestik dari serendah RM19 sehala, dan penerbangan antarabangsa daripada RM49 sehala.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan