awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
Sembilan anggota polis dihukum mati di India berhubung kematian tahanan semasa COVID-19
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat usaha sama MISC peroleh lanjutan kontrak FPSO Kikeh

Bernama
Bernama
25/01/2022
00:15 MYT
Syarikat usaha sama MISC peroleh lanjutan kontrak FPSO Kikeh
MISC menjelaskan MDFT telah menandatangani perjanjian dengan PTTEP bagi lanjutan kontrak carter FPSO Kikeh selama enam tahun bermula 2022 hingga 2028.
KUALA LUMPUR: Malaysian Deepwater Floating Terminal (Kikeh) Limited (MDFT), syarikat usaha sama antara MISC Bhd dan SBM Holdings Inc SA (SBM), memperoleh lanjutan bagi kontrak carter kemudahan penyimpanan dan pemindahan pengeluaran terapung (FPSO) Kikeh.
Dalam kenyataan pada Isnin, MISC menjelaskan MDFT telah menandatangani perjanjian dengan PTTEP Sabah Oil Limited (PTTEP) baru-baru ini bagi lanjutan kontrak carter FPSO Kikeh selama enam tahun bermula Januari 2022 hingga Januari 2028.
FPSO Kikeh, dibangunkan pada 2007, merupakan FPSO perairan laut dalam pertama dan terbesar di Malaysia dan Asia.
"FPSO ini boleh mengeluarkan 120,000 tong minyak sehari dan mempunyai kapasiti penyimpanan dua juta tong minyak," jelasnya.
MISC dan SBM masing-masing memiliki 51 peratus dan 49 peratus kepentingan dalam MDFT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysian Deepwater Floating Terminal
#kikeh
#MDFT
#FPSO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan