awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
Majlis Keselamatan PBB gagal terima pakai draf resolusi mengenai Selat Hormuz
Margin Gamuda dikhuatiri tertekan berikutan peningkatan kos bahan mentah - CGSI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh akhir tawaran pengambilalihan FGV dilanjutkan kepada 15 Mac

Bernama
Bernama
25/02/2021
14:21 MYT
Tarikh akhir tawaran pengambilalihan FGV dilanjutkan kepada 15 Mac
Harga tawaran oleh Felda kepada pemegang saham yang terlibat untuk pengambilalihan tersebut adalah RM1.30. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah melanjutkan tempoh tawaran sehingga 15 Mac depan bagi mendapatkan 90 peratus saham FGV Holdings Bhd melalui pengambilalihan mandatori.
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi pihak Felda berkata setakat jam 5 petang hari ini, Felda berjaya memperoleh 76.32 peratus atau 2.78 juta saham daripada 90 peratus yang diperlukan.
"Bagi pihak penawar, kami, Maybank IB, ingin memaklumkan kepada pemegang saham bahawa masa penutupan dan tarikh untuk penerimaan tawaran telah dilanjutkan lagi dari 5 petang (waktu Malaysia) pada 2 Mac 2021 kepada 5 petang (waktu Malaysia) menjelang 15 Mac 2021 (tarikh tutup akhir)," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam keadaan sekiranya, penawar menerima penerimaan yang sah menyebabkan penawar dan sekutunya memegang agregat 90 peratus atau lebih saham FGV (tidak termasuk saham perbendaharaan), pengumuman segera akan dibuat oleh FGV.
"Sejurus pengumuman sedemikian, Bursa Securities akan menggantung urus niaga saham FGV sejurus tamat tempoh lima hari pasaran dari tarikh tutup," kata Maybank IB.
Harga tawaran oleh Felda kepada pemegang saham yang terlibat untuk pengambilalihan tersebut adalah RM1.30.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV
#lanjut tempoh tawaran
#saham
#pengambilalihan mandatori
#tarikh akhir
#dilanjutkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan