awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB tingkat ranking dalam 50 jenama utiliti tebaik global

Bernama
Bernama
21/03/2017
09:00 MYT
TNB tingkat ranking dalam 50 jenama utiliti tebaik global
Dalam laporan tahunan Brand Finance mengenai jenama utiliti paling bernilai tinggi di dunia, TNB disebut sebagai jenama paling pesat berkembang dalam senarai Utilities 50. - Gambar fail
Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat 15 anak tangga kepada kedudukan ke-24 dalam 50 jenama utiliti terkemuka - Brand Finance Global 2017, atau Utilities 50 (2017).
Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata ini merupakan lonjakan 33 peratus dari segi nilai jenama pembadanan utiliti nasional itu atau sebanyak US1.58 bilion (US$1= RM4.42) berbanding US$1.19 bilion pada 2016.
Brand Finance yang beribu pejabat di London, dalam laporan tahunan terbarunya mengenai jenama utiliti paling bernilai tinggi di dunia, menyebut TNB sebagai jenama paling pesat berkembang dalam senarai Utilities 50.
Peningkatan kedudukan TNB dicapai walaupun lebih separuh daripada jenama dalam senarai tahun ini susut nilai, termasuk tiga terbaik - Engie (Perancis), EDF (Perancis) dan Enel (Itali), katanya.
Brand Finance juga menyatakan bahawa program transformasi TNB, penjenamaan semula TNB, dan bergerak untuk menjamin kapasiti penjanaan antarabangsa, serta pengambilalihan 30 peratus kepentingan dalam GMR Energy Ltd yang berpangkalan di India, sebagai langkah yang tepat untuk menghasilkan pertumbuhan seterusnya.
Antara utiliti Asia lain yang disenarai dalam Brand Finance Utilities 50 ialah KEPCO (Korea Selatan - 5), TEPCO (Jepun - 11), Chubu (Jepun - ke-18), Kogas (South Korea - ke-19), Kansai (Jepun - 30) dan Tata Power (India - ke-47).
Laporan Penilaian jenama Utilities 50 menawarkan cara yang paling berkesan dari segi kos untuk syarikat memahami kedudukan mereka berbanding pesaing.
Brand Finance, perunding strategi dan penilaian perniagaan berjenama, menilai lebih 3,500 jenama dalam semua sektor dan geografi, setiap tahun. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Brand Finance Global 2017
#Tenaga Nasional Bhd
#TNB
#Utilities 50
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan