awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA tidak jejas hak kontraktor Bumiputera - Mustapa Mohamed

Bernama
Bernama
05/01/2016
00:39 MYT
TPPA tidak jejas hak kontraktor Bumiputera - Mustapa Mohamed
MUSTAPA: Walaupun teks perjanjian TPPA diagihkan kepada umum pada 5 Nov, 2015, kerajaan akan terus melaksanakan usaha pencerahan mengenai TPPA kepada rakyat. - Gambar fail
Hak kontraktor Bumiputera akan terus dipertahankan sekiranya Malaysia bersetuju memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan tetap akan mengekalkan serta mempertahankan dasar kepentingan 30 peratus kontrak bumiputera dalam pemerolehan kontrak kerajaan.
Dalam teks TPPA mengenai aspek pemerolehan kerajaan, jelas menyatakan bahawa 30 peratus diperuntukkan untuk kontraktor bumiputera yang tendernya turut dibuka kepada negara anggota TPP.
"(Sehubungan itu) kontraktor bumiputera boleh meneruskan projek mereka, termasuklah dalam pembinaan sekolah, klinik dan hospital," katanya dalam program Dialog Khas 'Pencerahan TPPA' yang disiarkan di RTM, Isnin.
Mustapa berkata demikian bagi mengulas kebimbangan kontraktor bumiputera bahawa kepentingan serta hak mereka akan terjejas berikutan kehadiran kontraktor dari luar negara, khususnya daripada kalangan negara anggota TPPA berkenaan.
Selain itu, beliau berkata, walaupun teks perjanjian TPPA diagihkan kepada umum pada 5 Nov, 2015, kerajaan akan terus melaksanakan usaha pencerahan mengenai TPPA kepada rakyat.
Menurutnya, pada peringkat awalnya, terdapat pelbagai andaian meleset mengenai TPPA termasuk tuduhan bahawa kerajaan tidak lagi dapat melaksanakan dasar memperkasakan (agenda) bumiputera serta dakwaan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dapat mempertahankan peraturan mengenai keperluan logo halal.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Kontraktor
#MITI
#Mustapa Mohamed
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan