awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Education Must Win: MCPlus bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UDA lantik MP Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai pengerusi baharu

Bernama
Bernama
17/07/2013
06:31 MYT
UDA lantik MP Titiwangsa Johari Abdul Ghani sebagai pengerusi baharu
UDA Holdings Bhd, melantik Datuk Johari Abdul Ghani sebagai Pengerusinya yang baharu berkuat kuasa 8 Julai, bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed yang tamat perkhidmatan pada 16 April lepas.
Dalam satu kenyataan, UDA Holdings berkata beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam dunia korporat yang melibatkan usaha membaik-pulih prestasi syarikat melalui penstrukturan kewangan dan penggabungan dan pengambilalihan.
Beliau juga berpengalaman luas dalam pelbagai industri di Malaysia, antaranya industri makanan, minuman, pertanian, pembuatan dan infrastruktur.
Selain itu, beliau juga aktif dalam pelbagai bidang kerja sosial dan aktiviti kemasyarakatan dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemakanan Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Beliau kini adalah Pengerusi Yayasan Bena Nusa dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Titiwangsa, Ahli Parlimen Titiwangsa dan juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa.
Topic Berkaitan
#JOHARI ABDUL GHANI
#Nur Jazlan
#uda holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan