awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unifi Business bantu ekosistem PMKS, negara melalui pendigitalan perniagaan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/11/2023
08:46 MYT
Unifi Business bantu ekosistem PMKS, negara melalui pendigitalan perniagaan
Reruai Unifi Business di Jelajah Jiwa SME 2023 di The Curve, Damansara menyediakan pelbagai informasi berkaitan pendigitalan pernigaan buat PMKS.
DUNIA kian berubah, perniagaan juga berubah, tidak lagi hanya bersifat konvensional, sebaliknya lebih banyak bergerak ke arah digital.
Pendigitalan membuka lebih banyak ruang dan peluang, peniaga juga mengakuinya namun masih tidak ramai berani melakukan transformasi kerana bimbang, juga kerana ilmu yang kurang.
Cakna dengan kebimbangan itu, Ketua Unifi Business,Wilayah Persekutuan dan Petaling Jaya, Nazareena Md Yusof berkata, pihaknya menawarkan penyelesaian perniagaan, dikuasakan dengan internet pantas dan stabil buat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara.
Unifi Business turut menyediakan empat penyelesaian komprehensif iaitu Penyelesaian Pemasaran Digital, Hab e-Dagang, Storan Awan, dan Keselamatan Siber Kaspersky Small Office Security buat PMKS.
“Kita ingin menceritakan kepada PMKS yang berada di luar, betapa pentingnya pendigitalan terhadap perniagaan mereka.
“Sebenarnya, mereka cakna, cuma mungkin mereka kurang tahu di mana platform yang boleh mereka pergi untuk mendapatkan info ini.
“Sebab itu, Unifi Business ada pada hari ini untuk kita kongsi ilmu. Sebenarnya kita juga ada undang ikon perniagaan MSME yang popular, untuk mereka kongsi pengalaman yang mereka lalui selepas mereka mendigitalkan perniagaan mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi negara dan transformasi mereka bakal memberi manfaat, bukan hanya kepada perniagaan namun juga kepada negara.
“Kita kena tingkatkan perniagaan kita dengan lebih baik. Bila kita meningkat, pendapatan lebih baik, kita memberi peluang pekerjaan kepada orang luar.
"Itu salah satu cara kita tambah baik ekosistem pendapatan negara. Saya sebenarnya menggalakkan (pendigitalan perniagaan)… kita ada testimoni, yang telah berjaya dengan mendigitalkan perniagaan dan berkembang maju.
“Begitupun, pengetahuan itu penting dan inilah platform yang kami sediakan. Dengan adanya platform ini, PMKS boleh menimba ilmu tentang apa itu pendigitalan,” ujarnya.
Pengusaha PMKS yang berminat untuk mendigitalkan perniagaan mereka boleh hadir ke reruai Unifi Business di Jelajah Jiwa SME di The Curve, Mutiara Damansara pada 24 hingga 26 November ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Topic Berkaitan
#unifi Business
#PMKS
#pendigitalan perniagaan
#Nazareena Md Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan