awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga

Bernama
Bernama
26/11/2024
10:45 MYT
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, Maybank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM7.56 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Maybank berkata pendapatan pada suku tahun itu juga meningkat kepada RM16.69 bilion daripada RM16.02 bilion sebelumnya.
Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, Maybank merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM7.56 bilion, peningkatan 8.5 peratus daripada RM6.96 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan bukan faedah (NOII) serta peningkatan fi teras dan prestasi insurans.
Pendapatan juga meningkat kepada RM52.21 bilion daripada RM47.34 bilion sebelumnya.
Selain itu, dalam kenyataan berasingan, Maybank berkata pendapatan operasi bersih bagi tempoh sembilan bulan turut meningkat 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM22.15 bilion didorong oleh NOII lebih tinggi sebanyak 26.0 peratus kepada RM7.49 bilion berbanding 2023, dirangsang oleh pertumbuhan kukuh dalam fi teras yang meningkat 13.4 peratus.
Pinjaman kumpulan juga berkembang sebanyak 4.8 peratus tahun ke tarikh pada 30 Sept 2024, meningkat sebanyak lapan peratus, 14.5 peratus dan 8.9 peratus bagi pasaran tempatan, masing-masing di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#keuntungan bersih
#suku ketiga
#pendapatan meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan