awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VTL Singapura-Malaysia: Perkembangan positif ekonomi dua hala

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
28/11/2021
05:14 MYT
VTL Singapura-Malaysia: Perkembangan positif ekonomi dua hala
VTL Darat antara Malaysia dan Singapura akan bermula selari dengan pelancaran VTL Udara pada 29 Nov ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura bermula esok dilihat bakal merancakkan lagi ekonomi antara kedua-dua negara.
Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia Chris Daniel Wong berpendapat, susulan pengumuman tersebut, peningkatan ekonomi paling ketara adalah dijangka dari segi penjualan tiket penerbangan dan bas persiaran.
Jelasnya, ini adalah perkembangan positif yang disambut baik oleh kedua-dua negara selain usaha pemulihan sektor pelancongan dan industri lain.
“Apa yang kita nampak secara positif dengan ketara adalah, sektor pengangkutan darat dan bas persiaran dapat memulakan kembali perniagaan mereka. Pastinya berita ini disambut baik.
“Kedua adalah sektor pelancongan, yang turut dijangka kembali rancak di kedua-dua negara.
“Selain itu, kita juga akan melihat industri feeder yang akan turut diraikan bersama seperti perusahaan kecil dan sederhana serta digital juga, akan kian rancak.
"Apabila kedua-dua negara memulakan perjalanan, ini akan meningkatkan permintaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
VTL | Pelancaran Laluan Vaksinasi Perjalanan (VTL) Malaysia-Singapura
Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berhubung VTL antara Indonesia-Malaysia, Chris berharap ia dapat dipercepatkan sebagai usaha berterusan pemulihan ekonomi.
“Kita memohon dengan pihak kerajaan agar VTL bersama Indonesia dapat dipercepatkan. Saya faham memang ada kekangan dari segi perundangan, tetapi ini tidak memaksa kita untuk memperlahankan program tersebut.
“Kita perlu segerakan dagangan antara kedua-dua negara untuk ditingkatkan, terutamanya dari segi eksport dan kontrak dapat dilancarkan” jelasnya.
Pada masa sama, Chris menjelaskan, selain Indonesia dan Singapura, Thailand juga perlu diberi keutamaan VTL dalam kalangan Asia Tenggara.
Ini memandangkan negara tersebut adalah sumber utama barangan mentah bagi merancakkan kembali industri pembuatan.
VTL Darat antara Malaysia dan Singapura akan bermula selari dengan pelancaran VTL Udara pada 29 Nov ini dan dihadkan kepada pengangkutan bas dengan kuota harian tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan.
Pada Jumaat, Saifuddin berkata, dalam mengadakan VTL, Malaysia menumpukan pada negara jiran terdekat dahulu sebelum memperluaskannya kepada negara lain.
Skim VTL darat akan dimulakan serentak dengan VTL udara pada 29 Nov, membolehkan mereka yang lengkap divaksin melakukan perjalanan antara kedua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin.
Topic Berkaitan
#Singapura
#Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin
#Indonesia
#VTL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan