awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 10 cedera dalam insiden tembakan di Memphis

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2023
23:30 MYT
1 maut, 10 cedera dalam insiden tembakan di Memphis
Seorang maut dan 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab malam di Memphis, Tennessee pada Ahad. -Gambar hiasan
MEMPHIS: Seorang maut dan 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab malam di Memphis, Tennessee pada Ahad.
Menurut Jabatan Polis Memphis, lima mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, manakala lima lagi yang cedera ringan telah dirawat dan dibenarkan pulang.
Anggota polis yang tiba di kelab malam Live Lounge kira-kira jam 1 pagi menemui dua mangsa yang cedera di dua lokasi.
Pencarian di lokasi menemukan seorang mangsa yang maut dan tiga lagi mangsa yang cedera parah.
pic.twitter.com/jULroeWus3
— Memphis Police Dept (@MEM_PoliceDept) February 19, 2023
Motif kejadian masih kurang jelas dan polis berkata mereka tidak tahu sama ada terdapat lebih daripada seorang penembak.
Tiada suspek ditahan setakat petang Ahad.
Polis bagaimanapun sedang memburu tiga suspek, di mana seorang daripadanya mungkin cedera dan memerlukan rawatan perubatan.
There are 3 persons of interest that investigators would like to speak w/ concerning this incident. If anyone can identify these individuals, call Crime Stoppers @ 901-528-CASH. The individual in the blk t-shirt w/ green writing may have been injured and needs medical attention. pic.twitter.com/AcHQmOxUzU
— Memphis Police Dept (@MEM_PoliceDept) February 19, 2023
Insiden berlaku di kejiranan Whitehaven Memphis, kira-kira 16 kilometer di selatan pusat bandar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis.
Tembakan dilepaskan di lokasi berhampiran restoran, kedai runcit, gereja dan pejabat perubatan dikelilingi kawasan kediaman.
Topic Berkaitan
#kelab malam di Memphis
#insiden tembakan
#Whitehaven Memphis
#Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan