awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii

Bernama
Bernama
12/07/2024
10:55 MYT
1 maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii
Pegawai berkata seorang mangsa ditemukan kira-kira 2.25 petang waktu tempatan (0025 GMT Jumaat) dan disahkan maut. - Gambar hiasan
LOS ANGELES: Seorang disahkan maut dan dua lagi masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke laut di Kauai, Hawaii pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Kauai County menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Pusat Panggilan Kecemasan Polis Kauai menerima laporan kejadian itu kira-kira 1.20 petang waktu tempatan (2320 GMT) melibatkan helikopter dengan Alii Kauai Air Tours and Charters.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata pelbagai agensi, termasuk Pengawal Pantai AS, Jabatan Polis Kauai, Jabatan Bomba Kauai dan Agensi Pengurusan Kecemasan Kauai telah bertindak balas terhadap insiden berkenaan.
Menurut laporan awal, orang ramai di sepanjang laluan pantai menyaksikan helikopter itu terhempas ke dalam air dan melaporkan kejadian itu kepada pusat panggilan kecemasan.
Pegawai berkata seorang mangsa ditemukan kira-kira 2.25 petang waktu tempatan (0025 GMT Jumaat) dan disahkan maut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Hawaii
#Amerika Syarikat
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan