awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100,000 kanak-kanak di Habsyah berdepan kebuluran

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2021
02:32 MYT
100,000 kanak-kanak di Habsyah berdepan kebuluran
Proses saringan dilakukan ke atas golongan wanita dan kanak-kanak sepanjang bulan Julai dalam usaha menyelamatkan nyawa mereka. - Foto AP
LEBIH daripada 100,000 kanak-kanak di wilayah dikuasai Tigray di Habsyah bakal alami isu kekurangan zat makanan paling teruk dan berdepan ancaman kematian kerana masalah itu tahun depan.
Kenyataan itu dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berikutan bantuan kemanusiaan masih tersekat dari wilayah berpopulasi 6 juta orang itu.
Jumlah itu menyaksikan peningkatan 10 kali ganda daripada jumlah purata tahunun sebelum ini di Tigray.
"Apa yang kami risau akan berlaku kepada kanak-kanak ini sedang berlaku.
"Lebih 100,000 kanak-kanak dijangka akan menderita akibat kekurangan makanan yang boleh membawa maut dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Jumlah ini merupakan kenaikan 10 kali ganda daripada angka tahunan sebelum ini," kata jurucakap UNICEF Marixie Mercado.
Jelasnya, proses saringan dilakukan ke atas golongan wanita dan kanak-kanak sepanjang bulan Julai dalam usaha menyelamatkan nyawa mereka.
Mercado berkata, ketika ini hanya tinggal 6,900 pek makanan dalam gudang UNICEF dan oleh itu beliau menggesa pihak berkuasa membenarkan petugas kemanusiaan menjalankan tugas mereka tanpa dihalang mana-mana pihak.
Ini kerana kata agensi itu, krisis kebuluran terburuk di dunia dalam dekad ini sedang berlaku di rantau berekenaan.
Amerika Syarikat mendakwa, lebih 900,000 orang kini berdepan kebuluran.
Pemerintah habsyah mendakwa sekatan bantuan oleh pasukan Tigray, yang bangkit semula merebut sebahagian besar wilayah, sebagai penyumbang masalah tersebut.
Data terkini PBB pada Jumaat memperincikan beberapa cabaran terbaharu termasuk gangguan dan campur tangan pihak lain menambahkan masalah penyaluran bantuan.
Kata PBB, konvoi bantuan ke Tigray sejak 12 Julai lalu tidak sampai walaupun bekalan diperlukan setiap minggu adalah sebanyak 600 trak.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kebuluran
#Habsyah
#kekurangan zat
#kematian
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan