awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut kenderaan terjunam dalam terusan di Uttar Pradesh, India

Bernama
Bernama
04/08/2025
00:00 MYT
11 maut kenderaan terjunam dalam terusan di Uttar Pradesh, India
Sebelas penganut Hindu maut selepas kenderaan mereka terjunam ke dalam terusan di Uttar Pradesh ketika menuju ke kuil Prithvinath pada Ahad. - Foto Agensi/Sinar Harian
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 penganut Hindu maut manakala empat lagi cedera pada Ahad apabila kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam sebuah terusan di negeri Uttar Pradesh di utara India.
Mangsa dalam perjalanan ke kuil Prithvinath di daerah Gonda, kira-kira 135 kilometer dari ibu negeri, Lucknow.
Kenderaan itu membawa 15 ahli daripada tiga keluarga.
Pemandu kenderaan hilang kawalan menyebabkan kenderaan berkenaan terjunam ke dalam terusan Saryu, menurut pegawai tempatan kepada media.
Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath mengumumkan pampasan kewangan sebanyak 500,000 rupee (kira-kira RM24,500) setiap seorang kepada keluarga si mati manakala Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan bayaran ex gratia sebanyak 200,000 rupee daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri (PMNRF) kepada waris setiap mangsa yang terkorban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#kenderaan terjunam dalam terusan
#pampasan
#bayaran ex gratia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan