awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tangguh pelancaran model AI ‘Claude Mythos’ susulan risiko keselamatan siber
U Mobile lancar pelan ULTRA5G baharu, tawar kelajuan, keselamatan dan akses keutamaan
US, Iran send conflicting messages on upcoming peace talks agenda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Bernama
Bernama
06/08/2022
04:00 MYT
13 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis
Antara senjata yang ditinggalkan sekumpulan lelaki dalam operasi polis di San Luis Potosi pada Jumaat. - Foto REUTERS
MOSCOW: Sejumlah 13 penjenayah bersenjata terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan pegawai polis Mexico di negeri tengah San Luis Potosi, lapor Sputnik.
"Akibat pertempuran itu, 13 suspek penjenayah terbunuh, dua lagi penyerang telah ditahan," kata polis dalam satu kenyataan.
Operasi khas di majlis perbandaran itu bermula selepas polis menahan dua wanita yang mengatakan mereka terlibat dalam pengebumian rahsia dan menunjukkan lokasi pengebumian itu kepada pegawai penguatkuasa undang-undang.
Semasa aktiviti mencari, pasukan petugas itu diserang lelaki bersenjata tidak dikenali yang cuba bersembunyi di dalam sebuah rumah. Semasa menyerbu bangunan itu, 10 lelaki dan tiga wanita terbunuh.
Polis berjaya merampas senjata dan enam buah kereta dalam operasi itu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mexico
#lelaki bersenjata
#tembakan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan