awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 jemaah haji Thailand dikuarantin, disyaki dijangkiti MERS

Bernama
Bernama
02/10/2015
12:42 MYT
14 jemaah haji Thailand dikuarantin, disyaki dijangkiti MERS
Empat belas daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air semalam dikuarantin kerana dijangkiti MERS. - Gambar hiasan
Sebanyak 14 daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air semalam dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).
Mereka dikuarantin di Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk pemantauan.
Mereka tiba di Lapangan Terbang Narathiwat pada kira-kira 1.30 tengah hari dengan penerbangan TG8803 Jeddah-Narathiwat.
Untuk keselamatan semua jemaah haji diminta supaya memakai topeng sejak berlepas dari Jeddah.
Dr Sanpon Ritiraksa, Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Narathiwat berkata pemeriksaan kesihatan terhadap jemaah yang tiba dilakukan oleh pegawai kesihatan Hospital Narathiwat Rachanakarin dan doktor dari kem tentera laut Chulaborn.
"Jika didapati ada jemaah haji yang mengalami demam panas mereka akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi," katanya.
Terdapat 10,400 jemaah haji dari Thailand tahun ini.
Topic Berkaitan
#Hospital Narathiwat Rachanakarin
#Lapangan Terbang Narathiwat
#MERS
#Sanpon Ritiraksa
#Sindrom Pernafasan Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan