awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 maut dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu

Bernama
Bernama
12/12/2025
14:40 MYT
14 maut dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu
Bagaimanapun, memandangkan Malawi masih menerima hujan lebat, kemungkinan jumlah korban dijangka meningkat. - Gambar hiasan
LILONGWE (Malawi): Empat belas orang maut akibat dipanah petir di Malawi dalam tempoh dua minggu lalu, manakala kira-kira 8,000 rumah musnah ketika negara Afrika Tenggara itu terus dilanda hujan lebat, menurut pegawai pengurusan bencana pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA), Wilson Moleni, berkata kematian dan kemusnahan itu dilaporkan di pelbagai kawasan di seluruh negara.
"Namun memandangkan negara masih menerima hujan lebat, kemungkinan jumlah korban akan meningkat," katanya pada sidang media di Lilongwe.
Beliau berkata pihaknya berusaha untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat hujan berterusan.
"Kami menyeru orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika hujan masih berterusan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa," katanya.
Pada tempoh sama tahun lalu, sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 10,000 isi rumah hilang tempat tinggal akibat hujan lebat.
Pada 2023, Siklon Freddy meragut ribuan nyawa di kawasan selatan Malawi dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Negara itu masih belum pulih daripada kemusnahan ekonomi akibat siklon tersebut.
Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Malawi turut berdepan kekurangan makanan yang serius. Bulan lalu, Presiden Malawi Arthur Peter Mutharika mengisytiharkan darurat bencana di semua 26 daerah dan merayu bantuan kemanusiaan segera, namun menurut DoDMA masih terdapat "kekurangan besar dalam pembiayaan" untuk menangani krisis tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malawi
#14 maut
#dipanah petir
#cuaca buruk
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan