awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 terbunuh dalam serangan bom kereta Mogadishu

Agensi
Agensi
23/02/2018
22:12 MYT
18 terbunuh dalam serangan bom kereta Mogadishu
Kepulan asap kelihatan selepas kereta meletup di Mogadishu, Somalia, 23 Feb, 2018. Universal TV via REUTERS
Dua letupan bom kereta di ibu kota Somalia membunuh sekurang-kurangnya 18 orang pada Jumaat dan mencabuli tempoh bertenang yang ditetapkan selama sebulan di Mogadishu, yang sering menjadi sasaran serangan oleh kumpulan pelampau al-Shabab.
Letupan itu berlaku sehari selepas Menteri Dalam Negeri Somalia memberi amaran mengenai ancaman bom kereta di lokasi tertentu di ibu negara itu.
Letupan pertama berlaku berhampiran ibu pejabat perisikan negara, menurut ketua polis Kapten Mohamed Hussein.
Letupan kedua berlaku berhampiran ibu pejabat Parlimen, di mana kenderaan itu cuba merempuh pintu masuk ibu pejabat itu sebelum pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadapnya.
Kenderaan itu dipercayai cuba melakukan serangan terhadap Istana Presiden.
Menurut pihak berkuasa, 18 mayat ditemui dan 20 orang lagi cedera selepas letupan itu.
Al-Shabab yang berpangkalan di Somalia mengaku bertanggungjawab atas serangan itu menerusi saluran radio Andalus yang disiarkan.
Mogadishu merupakan sasaran satu kes letupan trak pada Oktober yang membunuh 512 orang dalam serangan paling dahsyat dalam sejarah negara Afrika.
Topic Berkaitan
#bom
#cedera
#Cuba
#kereta
#keselamatan
#letupan
#mayat
#menteri
#Parlimen
#presiden
#serangan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan