awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 kakitangan Kedutaan Rusia maut dalam letupan bom di Kabul

Bernama
Bernama
05/09/2022
12:57 MYT
2 kakitangan Kedutaan Rusia maut dalam letupan bom di Kabul
Dua kakitangan Kedutaan Rusia terbunuh dalam kejadian letupan bom di Kabul, Afghanistan, menurut Kementerian Luar Rusia pada Isnin. - Foto REUTERS
MOSCOW/ISLAMABAD: Dua kakitangan Kedutaan Rusia terbunuh dalam kejadian letupan bom di Kabul, Afghanistan, menurut Kementerian Luar Rusia pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Seorang pengganas bertindak meletupkan bom di kawasan berhampiran pintu masuk bahagian konsular Kedutaan Rusia pada 10.50 pagi waktu tempatan.
"...dua kakitangan kedutaan terbunuh, dan warga tempatan turut menjadi mangsa serangan," menurut kenyataan kementerian itu.
Terdahulu, seorang terbunuh manakala 10 lagi cedera apabila pengebom bunuh diri menyasarkan perhimpunan berhampiran Kedutaan Rusia.
Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan berhubung insiden berkenaan, kata jurucakap polis Kabul Khalid Zadran menerusi Twitter.
Menurut media tempatan, satu letupan kuat dilaporkan berlaku di sekitar bangunan kedutaan di kawasan Darul Aman, barat daya Kabul.
Setakat ini, tiada butiran lanjut didedahkan kepada media mengenai serangan itu.
Baru-baru ini, pengganas Daesh menyasarkan makam dan masjid Taliban di Kabul serta beberapa bahagian lain di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kakitangan kedutaan Rusia
#letupan bom
#Kabul
#Afghanistan
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan