awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 remaja serah diri susulan kebakaran bangunan di Sydney

Bernama
Bernama
26/05/2023
07:27 MYT
2 remaja serah diri susulan kebakaran bangunan di Sydney
Dua pelajar sekolah berusia 13 tahun menyerah diri berhubung kebakaran besar yang memusnahkan bangunan di tengah Sydney pada Khamis. -Gambar fail/Reuters
SYDNEY: Polis di negeri New South Wales (NSW) Australia mengesahkan pada Jumaat bahawa dua pelajar sekolah berusia 13 tahun menyerah diri berhubung kebakaran besar yang memusnahkan bangunan di tengah Sydney, lapor Xinhua.
Pemangku polis NSW Asisten Komisioner Paul Dunstan berkata dua remaja itu menyerah diri di dua balai polis pada lewat malam Khamis dan kini membantu siasatan polis.
"...Terdapat tiga atau empat lagi remaja semasa kebakaran itu," katanya pada sidang media.
Beliau meminta mereka tampil bersama ibu bapa masing-masing.
Sementara itu, Pemangku Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat NSW Jeremy Fewtrell turut memberi taklimat kepada pemberita mengenai perkembangan terkini berhubung kebakaran besar yang berlaku di bangunan bertingkat di Surry Hills kira-kira 4 petang waktu tempatan (0600 GMT) pada Khamis.
"Dua bangunan yang terlibat dalam kebakaran itu rosak teruk menyebabkan runtuhan struktur dan kerja memadam api agak mencabar...," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua pelajar sekolah
#serah diri
#kebakaran besar di Sydney
#Surry Hills
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan