awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 individu ditahan di Mekah atas penipuan haji

Bernama
Bernama
18/05/2025
04:30 MYT
3 individu ditahan di Mekah atas penipuan haji
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan amaran terhadap kempen haji palsu, pejabat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah, serta iklan yang mengelirukan. - Gambar hiasan/AP
MEKAH: Peronda keselamatan di Mekah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial yang melibatkan iklan kempen haji palsu, yang menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan yang tidak wujud untuk jemaah di kawasan tanah suci.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), suspek telah ditahan dan prosiding undang-undang telah dimulakan terhadap mereka sebelum dirujuk kepada Pendakwa Raya.
Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan amaran terhadap kempen haji palsu, pejabat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah, serta iklan yang mengelirukan.
Kementerian itu menekankan kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji yang dirangka bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah, membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lancar dan aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim penipuan
#haji palsu
#jemaah
#Tanah Suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami