awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut, 6 cedera dalam kejadian tembakan di Seattle

Bernama
Bernama
21/08/2023
05:32 MYT
3 maut, 6 cedera dalam kejadian tembakan di Seattle
Dua lelaki berusia 22 dan 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita berusia 30 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum dilapor meninggal dunia. - Foto Twitter
SAN FRANCISCO: Seramai tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Seattle Selatan, Washington, pada Ahad lapor Xinhua.
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan di Rainier Hookah Lounge sejurus sebelum 4:30 pagi (1130 GMT) waktu tempatan, menurut Jabatan Polis Seattle.
Dua lelaki berusia 22 dan 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang wanita berusia 30 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum dilapor meninggal dunia, lewat hari itu, kata Ketua Polis Seattle Adrian Diaz pada sidang akhbar petang Ahad.
Mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital. Empat lelaki dan seorang wanita dilaporkan dalam keadaan stabil setakat petang Ahad.
Unit homisid yang mengetuai siasatan memaklumkan punca tembakan atau berapa ramai suspek yang terlibat masih belum dapat dipastikan.
Polis mengesahkan sekurang-kurangnya lima senjata api ditemui.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Seattle
#tiga maut
#Rainier Hookah Lounge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan