awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

34 maut, empat hilang susulan hujan monsun di Himachal Pradesh, India

Bernama
Bernama
29/06/2025
12:49 MYT
34 maut, empat hilang susulan hujan monsun di Himachal Pradesh, India
Pihak berkuasa pengurusan bencana turut mengesahkan kerosakan terhadap rumah, tempat perlindungan ternakan, bangunan kerajaan, jalan raya, bekalan air dan talian elektrik. - X @TimesNow
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 34 orang maut, empat dilaporkan hilang dan 74 cedera berikutan hujan monsun dalam tempoh sembilan hari lepas di negeri Himachal Pradesh, utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Ahad.
Menurut laporan Pusat Operasi Kecemasan Negeri, jumlah kerosakan terhadap infrastruktur dalam tempoh berkenaan dianggarkan bernilai AS$8.32 juta.
Pihak berkuasa pengurusan bencana turut mengesahkan kerosakan terhadap rumah, tempat perlindungan ternakan, bangunan kerajaan, jalan raya, bekalan air dan talian elektrik di negeri itu.
Kerajaan tempatan Himachal Pradesh telah meletakkan perkhidmatan kecemasan dalam keadaan berjaga-jaga.
Pegawai memaklumkan paras air di semua sungai dan anak sungai utama di negeri itu telah meningkat susulan hujan yang berterusan.
Menurut laporan hampir 40 jalan masih terhalang di kawasan terjejas akibat tanah runtuh.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi India telah mengeluarkan amaran jingga untuk hujan lebat hingga sangat lebat di negeri berkenaan dalam dua hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#hujan monsun
#Himachal Pradesh
#India
#kerosakan infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan