awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

38 terbunuh dalam runtuhan lombong emas di selatan Sudan

Bernama
Bernama
29/12/2021
03:47 MYT
38 terbunuh dalam runtuhan lombong emas di selatan Sudan
Perlombongan tradisional menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah pengeluaran emas di Sudan, dengan melebihi 93 tan setahun. - Gambar fail
KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di Kordofan Barat, selatan Sudan, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh sebuah syarikat perlombongan milik kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.
"Pengurus Besar Sudanese Mineral Resources Company Limited melaporkan kejadian 38 pelombong maut dalam runtuhan lombong Umm Draisaya," kata kenyataan itu.
Lombong emas berkenaan terletak berhampiran bandar El Nuhud di Kordofan Barat, kira-kira 500 km dari ibu negara Sudan, Khartoum.
Kerajaan Negeri dan jawatankuasa keselamatan negeri sebelum ini memutuskan untuk menutup lombong berkenaan dengan alasan tidak sesuai untuk aktiviti perlombongan, menurut syarikat itu.
Bagaimanapun, pelombong masih bekerja di lombong itu walaupun keputusan telah dibuat, katanya.
Kira-kira 2 juta rakyat Sudan bekerja dalam industri perlombongan tradisional termasuk di Laut Merah, Nahr al-Neel, Kordofan Selatan, Kordofan Barat dan Utara.
Menurut statistik rasmi, perlombongan tradisional menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah pengeluaran emas di Sudan, dengan melebihi 93 tan setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#maut
#runtuhan lombong emas
#pelombong maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan