awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

39 kru hilang selepas kapal nelayan China karam di Lautan Hindi

Bernama
Bernama
17/05/2023
07:21 MYT
39 kru hilang selepas kapal nelayan China karam di Lautan Hindi
Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu (19:00 GMT). -Gambar hiasan
BEIJING: Seramai 39 anak kapal hilang dalam kejadian kapal nelayan China karam di tengah Lautan Hindi, Sputnik memetik laporan Televisyen Pusat China pada Khamis.
Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu (19:00 GMT), menurut laporan itu.
Terdapat 39 orang di atas kapal itu, termasuk 17 warga China, 17 warga India dan lima warga Filipina.
Tiada seorang pun yang hilang ditemui, dan operasi menyelamat dan mencari sedang dijalankan, lapor penyiar itu.
Susulan insiden itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan mekanisme tindak balas kecemasan segera diaktifkan, pasukan mencari dan menyelamat tambahan dihantar, dan bantuan mencari dan menyelamat antarabangsa diselaraskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal nelayan China karam
#Lautan Hindi
#Penglai Jinglu Fishery Co Ltd
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan