awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria

Bernama
Bernama
02/08/2024
02:50 MYT
4 maut, 34 cedera dalam insiden letupan ketika protes di Nigeria
Kemusnahan berlaku di lapan daripada 36 negeri di Nigeria pada hari pertama demonstrasi. - Foto AP
ABUJA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 34 yang lain cedera selepas letupan menggegarkan lokasi protes kos sara hidup di negeri Borno, timur laut Nigeria pada Khamis, kata polis.
Bercakap kepada media di sini lewat Khamis, Ketua Polis Negara Kayode Egbetokun berkata letupan itu berlaku di Maiduguri, bandar utama Borno semasa protes yang tercetus di seluruh negara.
Egbetokun berkata polis meramalkan penyusupan 'unsur tidak bertanggungjawab' ke tempat protes di seluruh Nigeria, membuktikan kebenaran kepada laporan awal dan amaran oleh agensi keselamatan yang memberi amaran kepada rakyat tentang bahaya yang bakal berlaku semasa demonstrasi di seluruh negara.
Protes secara aman oleh golongan belia yang bermula pada Khamis bertujuan untuk menggesa kerajaan menangani kesukaran ekonomi di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang serius di negara paling ramai penduduk di Afrika.
Bagaimanapun, demonstrasi itu bertukar ganas di beberapa bandar utama.
Egbetokun berkata kemusnahan berlaku di lapan daripada 36 negeri di Nigeria pada hari pertama demonstrasi, mempersoalkan motif sebenar kumpulan penunjuk perasaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#protes kos sara hidup
#amaran
#agensi keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan