awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 sekeluarga maut dalam insiden kebocoran gas di selatan Sepanyol

Bernama
Bernama
26/11/2025
02:20 MYT
4 sekeluarga maut dalam insiden kebocoran gas di selatan Sepanyol
Menurut bomba, kematian dalam kejadian di sebuah rumah di selatan Sepanyol ini berpunca daripada keracunan karbon monoksida, dipercayai akibat kerosakan pada dandang atau pemanas air. - Tangkap layar YouTube La Razón
MADRID: Empat sekeluarga maut pada Selasa di bandar Torrox di selatan Sepanyol dalam insiden yang disyaki berpunca daripada kebocoran gas, mendorong pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, lapor Xinhua.
Mangsa yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak mereka berusia 17 dan 19 tahun ditemukan pada kira-kira 3 petang waktu tempatan di rumah mereka berhampiran pusat bandar.
Perkhidmatan kecemasan Andalusia memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada seorang jiran.
Unit rawatan rapi bergerak, anggota bomba dan pegawai Pengawal Awam tiba tidak lama selepas itu, namun kesemua mangsa disahkan telah meninggal dunia.
Konsortium Bomba Wilayah berkata kematian itu berpunca daripada keracunan karbon monoksida, dipercayai akibat kerosakan pada dandang atau pemanas air.
Pihak berkuasa percaya insiden itu mungkin berlaku pada Isnin malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepanyol
#kebocoran gas
#empat sekeluarga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan