awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 syarikat akhbar dibuka semula selepas 50 tahun ditutup

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2013
10:26 MYT
4 syarikat akhbar dibuka semula selepas 50 tahun ditutup
Proses peralihan demokrasi di Myanmar dilihat berada pada landasan tepat dengan penerbitan semula akhbar yang ditutup sejak 50 tahun lalu.
Akhbar yang diterbitkan oleh empat syarikat mula kembali dijual di Myanmar pada Isnin dengan 80,000 naskah habis dijual sebelum tengahari.
Akhbar itu adalah Golden Fresh Land, The Union, Voice Daily dan The Standard Time Daily.
Menurut Ketua Pengarang Golden Fresh Land, Khin Maung Lay, 81, kelahiran semula akhbar ini mampu memenuhi tuntutan rakyat terhadap kebebasan maklumat.
Beliau yang mengetuai sekumpulan wartawan muda berusaha keras menyajikan berita telus kepada pembaca di Myanmar.
Menyedari cabaran memperjuangkan kebebasan bersuara, petugas media kini bersedia menghadapi sebarang tekanan daripada kerajaan.
Sebelum ini, semua akhbar di Myanmar mendapat tekanan kerajaan apabila diktator Ne Win melaksanakan monopoli syarikat akhbar pada 1960-an.
Namun, peralihan demokrasi menyaksikan kerajaan Junta membenarkan penerbitan semula akhbar bebas.
Akhbar ini dijual pada harga 150 hingga 200 Kyat Myanmar (MMK).
Sementara itu, The Associated Press menjadi agensi berita antarabangsa pertama membuka biro di Myanmar dengan enam petugas.
Topic Berkaitan
#50 Tahun
#akhbar
#Myanmar
#penerbitan
#peralihan demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan