awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

44 terkorban banjir lumpur, tanah runtuh di Flores Timur, ramai masih hilang

Bernama
Bernama
04/04/2021
13:52 MYT
44 terkorban banjir lumpur, tanah runtuh di Flores Timur, ramai masih hilang
Puluhan rumah di beberapa desa di kabupaten berkenaan, ditenggelami lumpur akibat banjir, selain ditimbusi tanah runtuh. - BNPB Indonesia
JAKARTA: Seramai 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kabupaten Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, puluhan rumah di beberapa desa di kabupaten berkenaan, ditenggelami lumpur akibat banjir, selain ditimbusi tanah runtuh.
"Halangan di lapangan adalah akses satu-satunya (ke tempat kejadian) adalah menyeberang laut ke Pulau Adonara. Hujan, angin dan gelombang laut ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian," menurut kenyataan BNPB setakat 7 malam ini.
Hujan lebat sejak tiga hari lepas di kawasan berkenaan menyebabkan berlakunya banjir lumpur sejak awal pagi tadi, melibatkan beberapa desa dan penempatan penduduk.
Jumlah korban dikhuatiri meningkat berikutan masih ramai dilaporkan hilang dan tertimbus dalam runtuhan tanah dan timbunan banjir lumpur, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#tanah runtuh
#flores timur
#Indonesia
#Nusa Tenggara Timur
#korban
#hilang
#mangsa
#cuaca buruk
#operasi menyelamat
#halangan
#adan Nasional Pengurusan Bencana
#BNPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan