awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB

Bernama
Bernama
14/05/2024
15:04 MYT
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu. - Gambar fail/REUTERS/Mohammed Salem
GAZA/TEL AVIV: Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu ketika gerombolan penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba melarikan diri daripada pertempuran sengit di bandar paling selatan semenanjung pantai itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Jalan-jalan di Rafah kosong ketika keluarga terus melarikan diri untuk mencari keselamatan," catat Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di platform X.
"Orang ramai menghadapi keletihan, kelaparan dan ketakutan yang berterusan. Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Tentera Israel mara ke bandar paling selatan Semenanjung Gaza itu dari timur lebih seminggu yang lalu dan sejak itu juga telah menguasai bahagian Palestin di pintu masuk sempadan Rafah ke Mesir.
Pada hari Ahad, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengulangi bantahan Washington terhadap serangan darat besar-besaran di Rafah.
Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Okt tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafah
#Palestin
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan