awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 terbunuh dalam kejadian tembakan di lapangan terbang Ft Lauderdale

Agensi
Agensi
07/01/2017
00:17 MYT
5 terbunuh dalam kejadian tembakan di lapangan terbang Ft Lauderdale
Menurut polis Florida penembak merupakan penumpang sebuah penerbangan milik Kanada. - Reuters
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale, Florida.
Dalam kejadian pada petang Jumaat waktu tempatan itu, 11 orang lagi dilaporkan cedera.
Menurut polis Florida penembak merupakan penumpang sebuah penerbangan milik Kanada.
Suspek telah bertindak mengeluarkan pistol dari beg miliknya yang telah diperiksa pihak kastam dan melepaskan tembakan rambang.
Identiti mangsa yang terbunuh dan cedera belum dikenal pasti.
Ambulans dan pasukan keselamatan Amerika kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.
Sehingga kini belum dapat dipastikan samada serangan ada kaitan dengan kegiatan pengganas. Siasatan lanjut masih dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Broward County mengesahkan suspek tembakan kini telah berada dalam tahanannya.
Susulan kejadian, jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale terpaksa ditangguh sementara bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
#Florida
#Fort Lauderdale
#lapangan terbang
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan