awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50,000 wanita hamil di Gaza tidak dapat khidmat kesihatan asas - UNFPA

Bernama
Bernama
16/10/2023
10:03 MYT
50,000 wanita hamil di Gaza tidak dapat khidmat kesihatan asas - UNFPA
UNFPA berkata ibu hamil, termasuk kira-kira 5,500 yang dijangka bersalin bulan ini, bergelut untuk mendaparkan khidmat penjagaan kesihatan. - Foto Reuters
GAZA CITY: Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) berkata 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas.
Agensi PBB itu berkata ibu hamil, termasuk kira-kira 5,500 yang dijangka bersalin bulan ini, bergelut untuk mendaparkan khidmat penjagaan kesihatan.
Wakil UNFPA untuk Palestin, Dominic Allen, berkata sistem penjagaan kesihatan di Gaza kini diambang kemusnahan.
"Bayangkan kesukaran yang mereka lalui dalam peringkat akhir untuk bersalin, dengan kemungkinan komplikasi, tanpa pakaian, kebersihan, sokongan dan tiada kepastikan mengenai keadaan mereka dan anak yang bakal lahir," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Allen.
Allen berkata di hospital, ada bidan yang tidak dapat datang ke wad bersalin untuk bertugas berikutan keadaan berbahaya.
Beliau menggesa supaya akses kepada bantuan dan bekalan kemanusiaan di kawasan itu dipermudah.
Keadaan di Semenanjung Gaza semakin teruk, dengan Israel mengenakan sekatan yang ketat dan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk, selain percubaan untuk memaksa penduduk berpindah ke bahagian selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#wanita hamil
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan