awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut, 3 hilang dalam banjir kilat di utara Vietnam

Bernama
Bernama
02/08/2025
11:57 MYT
8 maut, 3 hilang dalam banjir kilat di utara Vietnam
Lapan maut dan tiga hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Wilayah Dien Bien, utara Vietnam. -Gambar fail/Bernama
HANOI: Seramai lapan orang maut manakala tiga lagi masih hilang susulan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh sejak beberapa hari lepas di Wilayah Dien Bien, utara Vietnam, lapor Xinhua yang memetik agensi berita Vietnam News Agency pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Lapan maut dan tiga hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Wilayah Dien Bien, utara Vietnam.
  • 60 rumah rosak atau hanyut, 30 perkampungan terputus hubungan; hampir 700 anggota dikerah untuk operasi menyelamat.
  • Timbalan PM Vietnam gesa tindakan segera pastikan penduduk tidak kelaparan dan keselamatan semua pihak diutamakan.

Setakat 6 pagi Sabtu, kira-kira 60 rumah dilaporkan hanyut atau rosak akibat limpahan air, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam.
Sebanyak 30 perkampungan masih terputus hubungan berikutan gangguan laluan trafik.
Hampir 700 anggota penyelamat termasuk polis, tentera, serta ahli pelbagai pertubuhan massa telah dikerahkan untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.
Ketika melawat Perkampungan Xa Dung pada pagi Sabtu, Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tran Hong Ha menggesa pihak berkuasa tempatan bertindak segera bagi memastikan tiada penduduk yang kelaparan, terputus hubungan terlalu lama atau tidak mendapat akses maklumat.
Beliau turut menegaskan bahawa keselamatan kedua-dua anggota penyelamat dan mangsa banjir perlu diutamakan dalam semua keadaan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#banjir kilat
#tanah runtuh
#Wilayah Dien Bien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan