awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

93 dipercayai kubur bayi, kanak-kanak ditemukan di Kanada

Bernama
Bernama
30/08/2023
08:42 MYT
93 dipercayai kubur bayi, kanak-kanak ditemukan di Kanada
Sidang media berkenaan penemuan kawasan kubur kanak-kanak dan 14 kubur bayi di bekas sebuah sekolah di Saskatchewan. - Foto: X @Pratyush Dayal
OTTAWA: First Nation (komuniti peribumi) menemukan 79 tempat yang dipercayai kubur kanak-kanak dan 14 kubur bayi di bekas sebuah sekolah di Saskatchewan, Kanada, lapor Xinhua memetik CTV News.
"Ini bukan angka muktamad. Mungkin ada lebih banyak lagi," kata ketua First Nation English River Jenny Wolverine pada sidang akhbar di Saskatoon, di wilyah Saskatchewan pada Selasa.
Menurut laporan itu, ketua English River menggesa kerajaan persekutuan dan wilayah supaya menyediakan sumber untuk First Nation menjalankan usaha pencarian itu.
English River memulakan pencarian di tapak bekas Beauval Indian Residential School pada Ogos 2021, menggunakan radar dan pasukan penyelidiknya kini bersedia untuk beralih ke fasa kedua.
Sekolah itu diasaskan pada tahun 1860 dan beroperasi selama lebih 100 tahun, menurut University of Regina.
Pada 2013, seorang bekas penyelia asrama di sekolah itu telah disabitkan dengan kesalahan mencabul dan serangan tidak senonoh dan kelucahan melampau ke atas budak lelaki antara 1959 dan 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kubur kanak-kanak
#Kanada
#First Nation
#english river
#komuniti peribumi
#penduduk asal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan