awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC kecam tindakan Israel serbu stadium

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2023
04:18 MYT
AFC kecam tindakan Israel serbu stadium
Tentera Israel menggunakan dua kenderaan perisai ketika menyerbu stadium it dan melepaskan gas pemedih mata di padang dan tempat penonton. - Gambar/ Twitter @FutbolPalestine
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan provokasi tentera Israel ke atas pemain dan penonton semasa perlawanan akhir Piala Abu Ammar, Balata FC menentang Jabal Al Mukabber di Stadium Antarabangsa Faisal Al Husseini, al-Ram pada Khamis.
"AFC meminta agar semua tindakan keganasan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan segera.
"AFC berdiri dalam solidariti teguh dengan Persekutuan Bola Sepak Palestin (PFA) dan komuniti bola sepak Palestin," kata badan induk bola sepak Asia itu.
Sebelum itu, tentera Israel menggunakan dua kenderaan perisai ketika menyerbu stadium itu, melepaskan gas pemedih mata di padang dan tempat penonton.
Situasi itu menyebabkan perlawanan dihentikan lebih sejam apabila beberapa pemain termasuk penjaga gol Jabar Al-Mukaber, Rami Hamadi dan penyokong kelab Palestin berkenaan khasnya kanak-kanak dan wanita, mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Insiden malang itu menyaksikan penyokong dan pemain terpaksa dirawat di tepi padang sebelum mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Kapten Balata, Saed Abu Saleem berkata, gas pemedih mata merebak ke dalam bilik persalinan menyebabkan pemain juga sukar bernafas dan pengsan.
Apabila perlawanan bersambung Jabal Al-Mukaber muncul juara selepas menang tipis 1-0 ke atas Balata FC, hasil jaringan Zaid Qombor.
Presiden PFA, Jibril Rajoub mengecam serangan gas pemedih mata dilancarkan tentera Israel di utara Jerusalem itu.
"Serangan tersebut satu serangan yang dirancang terhadap penyokong dan pemain kelab Palestin," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#serbu stadium
#afc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan