awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika akan alami Gerhana Matahari Cincin September nanti

Agensi
Agensi
10/03/2016
03:18 MYT
Afrika akan alami Gerhana Matahari Cincin September nanti
Sinaran matahari yang tidak tertutup penuh itu meninggalkan kesan yang kelihatan seperti cincin api yang marak menyala. - Foto AFP
JIKA pada Rabu jutaan penduduk Indonesia menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh manakala sebahagian daripada negara Asia lain dapat melihat kejadian gerhana matahari separa, kurang daripada enam bulan lagi fenomena gerhana akan berulang dan dapat jelas disaksikan di benua Afrika.
Pada September 2016, timur Afrika akan mengalami fenomena gerhana matahari cincin, iaitu lingkaran terang seperti nyalaan api di belakang bayang yang ditutup bulan.
Berbeza dengan gerhana matahari penuh yang menyaksikan kedudukan bulan lebih dekat dengan Bumi, gerhana matahari cincin pula berlaku apabila kedudukan bulan lebih dekat dengan matahari.
Oleh sebab kedudukannya yang lebih dekat dengan matahari, diameter bulan akan nampak lebih kecil sekali gus meninggalkan ruang bagi lingkaran cahaya matahari ‘terlepas’ di sekelilingnya.
Maka, sinaran matahari yang tidak tertutup penuh itu meninggalkan kesan yang kelihatan seperti ‘cincin api yang marak menyala’.
BACA: Jutaan orang saksikan gerhana matahari di 12 wilayah di Indonesia
BACA: Netizen kongsi rakaman gerhana matahari di negara masing-masing
GALERI FOTO: Gerhana matahari dari pandangan Asia
Di laman web pemantauan gerhana Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), telah disediakan peta Google yang lengkap dengan butiran terperinci mengenai laluan kedudukan gerhana tersebut yang melintas dari Lautan Hindi ke daratan benua Afrika.
Fenomena gerhana matahari cincin itu nanti akan dapat dilihat merentasi negara-negara seperti Madagascar, Mozambique, Tanzania, Congo dan Gabon.
Kejadian itu nanti bakal menarik perhatian ramai penduduk dunia terutamanya peminat astronomi yang mengikuti perkembangan tanda-tanda serta kejadian penting dalam takwim cakerawala.
Gerhana matahari cincin di Afrika
Laman web NASA menyediakan maklumat terperinci tentang gerhana matahari cincin yang bakal berlaku di Afrika September nanti.
Topic Berkaitan
#Afrika bakal alami gerhana
#cincin api
#gerhana matahari cincin
#gerhana September 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan