awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan tidak serah kerusi G20 kepada AS

Bernama
Bernama
23/11/2025
14:47 MYT
Afrika Selatan tidak serah kerusi G20 kepada AS
Afrika Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat dua hari itu di pusat komersial Johannesburg. G20 terdiri daripada 19 negara selain Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika. - AP
JOHANNESBURG: Afrika Selatan tidak akan secara simbolik menyerahkan kerusi pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20) kepada Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, kata jurucakap Presiden Cyril Ramaphosa semasa sidang kemuncak G20 di sini, lapor agensi berita Jerman dpa.
Mengikut protokol biasa, tuan rumah yang akan melepaskan tugas secara rasmi menyerahkan kerusi tersebut pada akhir sidang kepada negara yang memegang pengerusi seterusnya - dalam kes ini, AS. Namun Washington memboikot sidang kemuncak G20 pertama yang pernah diadakan di benua Afrika.
Presiden AS Donald Trump menuduh Afrika Selatan mendiskriminasi minoriti kulit putih, khususnya kelompok Afrikaner, keturunan peneroka Belanda. Afrika Selatan menolak tuduhan itu sebagai tidak berasas, dan pakar hak asasi manusia turut menafikannya sebagai tidak wajar.
Akibat boikot itu, AS tidak menyertai sebarang perbincangan sidang tersebut.
Menurut jurucakap presiden Vincent Magwenya, AS pada awalnya merancang menghantar wakil kedutaan ke sidang itu hanya bagi upacara penyerahan pada Ahad. Tindakan itu, katanya, tidak boleh diterima oleh Afrika Selatan.
"Ia adalah pelanggaran protokol. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia tidak akan berlaku buat kali pertama di Afrika Selatan," kata Magwenya pada Sabtu.
Menteri Luar Afrika Selatan Ronald Lamola berkata kemudian pada Sabtu bahawa penyerahan kerusi pengerusi itu akan diadakan minggu hadapan di Pretoria, dengan penyertaan ketua kedutaan AS.
Afrika Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat dua hari itu di pusat komersial Johannesburg. G20 terdiri daripada 19 negara selain Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika. Sidang kemuncak tahun depan dijadual berlangsung di Miami.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#G20
#serah kepengerusian
#Amerika Syarikat
#boikot
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan