awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China

Nazri Kahar
Nazri Kahar
22/05/2024
12:42 MYT
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Ketibaan Ahmad Zahid dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan. - Gambar Fariz Iswadi
HONG KONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China.
Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis.
Ketibaan beliau dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan.
Lawatan rasmi ini adalah sebahagian daripada pertukaran lawatan peringkat tinggi yang dirancang untuk tahun ini, bertujuan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Di Beijing, Ahmad Zahid akan mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri China, Ding Xuexiang dan Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong.
Pada Khamis, Ahmad Zahid dijangka bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John LeeKa-Chiu.
Hubungan diplomatik rasmi Malaysia-China bermula dengan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melakar sejarah memeterai Pernyataan Bersama dengan Perdana Menteri Pertama China, Chou En-Lai, pada 31 Mei 1974, sekali gus menjadi asas perkongsian kukuh.
China muncul sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009. China juga menduduki tempat kelima sebagai pelabur terbesar di Malaysia.
Topic Berkaitan
#pegawai kanan
#hubungan diplomatik
#ulang tahun
#perkongsian kukuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan