awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahok dapat pengampunan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2018
22:26 MYT
Ahok dapat pengampunan
Ahok sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas disabit bersalah atas tuduhan menghina Mei tahun lalu. - Gambar fail
Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang dipenjara kerana menghina Islam diberi pengampunan untuk bebas selama dua bulan, sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-73 yang disambut pada Jumaat.
Selain Ahok, seramai 102,976 banduan di seluruh republik itu turut diberikan pengampunan sama, manakala 2,220 lagi diberi pengampunan penuh.
Ahok sebelum ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas disabit bersalah atas tuduhan menghina Mei tahun lalu, selepas video diubah dan dialih bahasa salah tersebar dalam media sosial yang menunjukkannya menghina al-Quran.
Ketika itu, Ahok popular dan mengintai pemilihan semula untuk mentadbir ibu kota sebuah negara majoriti penduduk Islam terbesar dunia.
Namun, kumpulan Islam mengetuai perhimpunan besar-besaran menggesa beliau disingkirkan dan kumpulan tegar mengundi memilih calon beragam Islam.
Bulan lalu, peguam Ahok yang juga adik perempuannya, Fifi Lety Indra berkata, anak guamnya lebih rela menghabiskan baki hukuman daripada menikmati parol.
Ahok kini ditahan di Penjara Cipinang, Jakarta Timur. - Agensi
Topic Berkaitan
#ahok
#basuki tjahaja purnama
#Bekas Gabenor
#hina Islam
#Indonesia
#Islam
#Jakarta
#pengampunan
#penjara
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan