awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Canada gantung tugas 800 pekerja belum vaksin

Bernama
Bernama
03/11/2021
09:36 MYT
Air Canada gantung tugas 800 pekerja belum vaksin
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Air Canada, Mochael Russo, berkata kebanyakan pekerja syarikat terbabit sudah lengkap divaksin sejajar dengan peraturan COVID-19 persekutuan. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Syarikat penerbangan terbesar Kanada, Air Canada, menggantung lebih 800 pekerja kerana belum menerima suntikan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik memetik Global News pada Rabu.
Menurut laporan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Air Canada, Mochael Russo, berkata kebanyakan pekerja syarikat terbabit sudah lengkap divaksin sejajar dengan peraturan COVID-19 persekutuan.
"Pekerja kami sudah melaksanakan tanggungjawab mereka, dengan kini lebih 96 peratus sudah lengkap divaksin. Pekerja yang belum mendapat vaksin atau tidak mendapat pengecualian perubatan atau alasan kesihatan lain, dimasukkan ke dalam senarai pekerja yang bercuti tanpa gaji," kata Russo yang dipetik Global News.
Awal Oktober, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengarahan syarikat penerbangan dan perkapalan supaya menyediakan dasar vaksinasi untuk pekerja mereka bermula 30 Okt.
Bagi syarikat penerbangan, vaksinasi diwajibkan kepada pekerja serta petugas yang memasuki kawasan lapangan terbang. Ia termasuk pemegang konsesi dan petugas hospitaliti.
Setakat ini, sebanyak 1,720,355 kes COVID-19 dicatatkan di Kanada dengan 29,056 kematian. Kes harian di negara itu semakin berkurangan dengan 2,283 kes COVID-19 harian dicatatkan sehari.
Kanada sudah memberikan vaksin sekurang-kurangnya 58,756,154 dos iaitu hampir 78 peratus populasi sudah pun divaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Canada
#gantung pekerja
#tidak vaksin
#Justin Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan