awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Instagram bekas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil digodam

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
11/04/2025
15:09 MYT
Akaun Instagram bekas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil digodam
Ridwan dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa akaun Instagram beliau tidak dapat diakses. - Foto/Wikipedia, Instagram @ridwankamil
JAKARTA: Akaun Instagram rasmi milik bekas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil dipercayai telah digodam selepas satu siri hantaran misteri dimuat naik hari ini.
Memetik media tempatan, antara hantaran yang mencetuskan perhatian termasuk gambar dengan tulisan “Selamat Bermimpi Buruk” dan “Ini hanya permulaan dari kami” disusuli satu kapsyen pendek bertulis “The Right Time”.
Sebelum itu, satu lagi gambar berlatar belakang hitam dimuat naik dengan teks, “Eng ing eng kami kembali kawan. Ridwan Kamil Tanggung Jawab Jangan Lari”.
Ridwan dalam kenyataan rasmi memaklumkan bahawa akaun Instagram beliau tidak dapat diakses.
Ujarnya, kesemua hantaran tersebut bukan dimuat naik olehnya.
“Saya simpulkan bahawa akaun saya sedang digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujar beliau.
Tambahnya, laporan telah dikemukakan kepada pihak Meta untuk tindakan pemulihan.
Pada 27 Mac lalu, Ridwan yang merupakan suami kepada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Atalia Praratya, menjadi sorotan selepas mengeluarkan penjelasan berhubung tuduhan selebriti media sosial Lisa Mariana yang mendakwa mempunyai hubungan peribadi dengan beliau.
Tegasnya, tuduhan tersebut adalah fitnah lama yang diulang kembali dengan tujuan meraih keuntungan ekonomi.
Katanya, beliau hanya pernah bertemu Lisa sekali dalam konteks permohonan bantuan pengajian.
Ridwan sebelum ini merupakan calon bagi Pilihan Raya Gabenor Jakarta tahun lalu.
Topic Berkaitan
#bekas Gabenor Jawa Barat
#Ridwan Kamil
#Instagram digodam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan