awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhirnya, Trump di Twitter puji Chicago

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2019
05:54 MYT
Akhirnya, Trump di Twitter puji Chicago
Trump memang diketahui kurang selesa dengan sambutan dingin yang diberi warga Chicago sejak tahun 2016 lagi. - Gambar fail
DONALD Trump jarang sekali memberi sebarang kata pujian terhadap sebarang isu atau insiden yang berasal dari Chicago.
Ini bagaimanapun berubah pada Selasa ekoran insiden sebuah kereta sajian tanpa pemandu - dalam keadaan berpusing dan hilang kawalan - nyaris berlanggar dengan sebuah pesawat di Lapangan Terbang O’Hare, Chicago.
Satu video berdurasi lebih 30 saat yang tular di laman sosial menunjukkan kereta sajian itu bergerak dalam keadaan tidak tentu hala, dikelilingi pekerja di O’Hare yang teragak-agak cuba menghalang daripada berlaku kemalangan yang lebih dahsyat.
Keadaan cemas bermula apabila kereta sajian pembekal perkhidmatan milik American Airlines itu kelihatan bergerak berpusing-pusing tanpa kawalan – dipercayai akibat pedal pemecutnya (accelerator pedal) tersangkut.
Beberapa orang pekerja lapangan terbang kelihatan berdiri seolah-olah membina tembok, sekiranya kereta sajian itu terus berputar dan berlanggar dengan sebuah pesawat berhampiran.
Keadaan cemas berjaya diredakan dengan penyelesaian apabila seorang pekerja lain memandu sebuah lagi kenderaan penyelengaraan berwarna merah sebagai penghadang, menyebabkan kenderaan sajian itu terbalik dan terhenti.
Crazy event at ORD. Heads up safety move by a ramp worker! pic.twitter.com/SQi5zB0Ooz
— Kevin Klauer DO, EJD (@Emergidoc) September 30, 2019
Video tular itu dirakam oleh seorang pakar bedah, Dr Kevin Klauer, dari Bilik Menunggu lapangan terbang.
Setakat Selasa jam 9 malam, video itu menerima lebih 15 juta tontonan, 200,000 'Likes' dan 51,000 perkongsian, termasuk komen dari Trump.
Komen beliau? "Great job, just in time!" (Hebat, tepat pada masanya!)
Presiden Amerika Syarikat ke-45 itu memang diketahui kurang selesa dengan sambutan dingin yang diberi warga Chicago sejak tahun 2016 lagi.
Bandar raya yang mempunyai majoriti warga Amerika kulit hitam itu pernah dituduh menghalang Trump dari hadir berkempen sewaktu pilihan raya tahun tersebut.
Great job, just in time! https://t.co/KMUXtO8IYz
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 1, 2019
Topic Berkaitan
#American Airlines
#Chicago
#Donald Trump
#kemalangan
#kereta sajian
#laman sosial
#Lapangan Terbang O Hare
#nyaris berlanggar
#pesawat
#tanpa pemandu
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan