awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis bimbang hak asasi tertuduh dinafikan

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2013
00:34 MYT
Aktivis bimbang hak asasi tertuduh dinafikan
Tatkala wujud desakan oleh orang ramai agar jenayah seksual di India ditangani secara pantas dan keras, sekumpulan aktivis negara itu melahirkan kebimbangan tindakan terburu-buru itu akan menafikan hak asasi tertuduh dan tidak menurut lunas-lunas perlembagaan.
Menurut mereka, apa yang diperlukan di India adalah proses pendakwaan dan dasar yang lebih baik, bukannya undang-undang baharu.
Sentimen itu turut disokong oleh Pengarah Dasar dan Program ActionAid di India, Sehjo Singh.
Menurut beliau, kecenderungan untuk mengukuhkan kuasa negara terhadap rakyatnya hanya akan mencetuskan sebuah rejim yang zalim.
Sehjo yang juga seorang pakar mengenai gerakan sosial wanita di India berpendapat, hak asasi manusia negara itu perlu dipertingkatkan dan bukan sebaliknya.
Akhbar The Indian Express memberi amaran kepada umum untuk tidak terburu-buru mengenai isu rogol yang menggemparkan negara itu baru-baru ini.
Sebaliknya, sebarang perubahan terhadap undang-undang juvana hanya boleh diputuskan selepas konsultasi dan debat yang menyeluruh.
Sebuah panel kerajaan kini sedang menimbangkan cadangan untuk menjadikan hukuman mati mandatori kepada mereka yang merogol selain memperkenalkan hukuman kasi kepada pesalah.
Cadangan-cadangan mengenai jenis hukuman akan dikemukakan pada 23 Januari ini.
Topic Berkaitan
#hak asasi
#India
#rogol beramai-ramai
#sehji singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan